Name:
Email Address:
Phone no:
Where do you live?
How can I help you? lose weight
gain weight
improve health
gain energy
improve skin
earn extra income
Details so that I can guide you better :)

Form provided by Freedback.

Monday, August 2, 2010

-bila masa menunjukkan diri-

Masa sekali lagi menunjukkan diri...menjatuhkan yang di atas...menaikkan yang di bawah...menambah garisan tua di wajah...mencetak muka surat baru di kitab pengalaman...menambah ilham di akal kedewasaan...menjadikan IMPIAN sebagai suatu KENYATAAN!!...

Dulunya ketika kita di garisan permulaan yang sama...cuba mengharungi satu larian yg jaraknya adalah jam/hari/mggu/bulan/tahun.
..kita terasa seolah seiringan...dan sebaik tamatnya larian baru kita tersedar...kita sudah meninggalkan atau kita yang di tinggalkan...seolah pentas kita telah berbeza...seolah persahabatan tiba-tiba mempunyai kasta...seolah2 kita termulia kerana bergelar graduan...kononya ilmu telah memuliakan kita...padahal kita yang berasa mulia kerana kononya mempunyai ilmu..."sesungguhnya tidaklah kita terlebih mulia kerana ilmu kita...tetapi kita mulia kerana ketakwaan kita yang berilmu"...

Apabila terbaca buku nik nur madihah...terasa ada sesuatu yg menarik untuk di kongsi..."belajar ilmu bukan untuk kerja bagus-bagus...tapi untuk jadi orang cerdik"...bukan kah itu matlamat yang ringkas dan menyenangkan...sesungguhnya kesusahan dunia ini bnyak yang direka-reka oleh perasaan yang
lupakan ALLAH...sedangkan bagi orang susah yang beriman...kemiskinan itu dianggap rahmat supaya hati menjadi tidak lupa kepada-NYA...sedangkan sifat ALLAH itu pemberi rezeki...sedangkan makanan yang hendak di suapkan di dlm mulut...tiba-tiba terjatuh...jika kering...dibersihkan semula...kemudian boleh dimakan kembali...disebabkan itu adalah Rezeki yang telah tertulis sejak azali lagi...sedangkan kita tidak mengetahui...berusahalah sekeras mungkin mendapatkan sesuatu...setelah itu isi lah borang permohonan doa dan bertawakalah...Jika berjaya permohonan kamu...bersyukurlah!!..
kerana kamu berjaya hanyalah di sebabkan ALLAH... jika di tolak permohonanmu...redhalah!! kerana rezekimu belum di berikan ALLAH...kerana mgkin masa belum sesuai atau ingin di ganti-NYA dgn yg lebih baik...bukankah pahala Sabar itu besar...bukankah ALLAH adalah sebaik-baik Penentu..


Orang bijak mengambarkan...penilaian negatif manusia...bagaikan gas yang beracun...ia belegar di sekeliling kita...jika kita tidak menyedutnya...kita tetaplah sihat...dan jika kita menyedutnya...ia akan meracuni kita...biarlah manusia menghakimi kita dari segi Harta/Rupa/Pangkat/Tahap Pendidikan/Keturunan...
selagi Kita Berpegang teguh pada Tali ALLAH (Al-Quran & As-sunnah)...tetaplah terSENYUM =)

-aku jua insan biasa-

4 comments:

  1. alah yuyu, ko senyap2 jek eh...tak khabor pun...haha..betul2...sejuk aku dengar....kejayaan hakiki bukan semate-mate pangkat besar itu hanya dipandang oleh dunia yg sementara shj....(ceh, nk sedapkan ati)

    ReplyDelete
  2. tahniah dengan permulaan blog ni.. keep it up.. aku setuju dgn ni "seolah2 kita termulia kerana bergelar graduan...kononnya ilmu telah memuliakan kita...padahal kita yang berasa mulia kerana kononnya mempunyai ilmu".. kna byk muhasabah balik.. =))

    ReplyDelete
  3. mcm mane nk jdikn korang blog list...huhuhu
    hamba bdk baru blajar..

    ReplyDelete